Ciri unik Datuk Nuriz, peneroka awal keusahawanan wanita moden

Apakah kelebihan semulajadi dan keunikan pada Datuk Nuriz

yang sedikit sebanyak melatari pencapaian hebat dan cemerlang wanita ini?

Ayahnya bekas samseng terkenal di rantau Asia pada 1960-an sebelum
menjadi pendakwah dan mempunyai madrasah serta pusat tahfiz sendiri di
Kelantan.

Uniknya, anak bekas samseng itu kini muncul sebagai usahawan wanita
berjaya dan terkenal di serata ceruk negara. Mari kita selami kisah
menarik dan unik ini!

Selain dikurniakan kelebihan semulajadi, usahawan wanita ini memang
seorang yang berwibawa dan gigih dalam menongkah getir sebagai seorang
usahawan berhati besi.

Ditakdirkan beliau lahir dalam keluarga usahawan. Keluarganya terbabit
dengan perniagaan pakaian, batik dan tembakau. Selain mempunyai premis
kedai, keluarganya pernah mempunyai kilang di negeri Cik Siti Wan
Kembang.

Darah usahawan yang mengalir dalam dirinya itulah yang akhirnya
membentuk beliau menjadi usahawan terkenal dalam bidang kosmetik di
negara ini dan kekal bertahan hingga ke hari ini.

Beliau ialah Datuk Zainuri Mohd Zain yang dikenali juga sebagai Datuk
Nuriz atau Datuk Nurie. Beliau mula popular menerusi produk kecantikan
jenama Nuriz Kosmetik.

Ada beberapa keunikan yang jarang diketahui ramai mengenai wanita
berhati besi ini.

Usahawan kelahiran Kelantan

yang cekal dan tabah.

Anak jati Kelantan ini mula mengasaskan rangkaian produk kecantikan
jenama Nuriz Kosmetik pada 1997. Kini sudah lebih 19 tahun ia bertapak
kukuh di pasaran tempatan memenuhi impian dan citarasa kewanitaan.

Datuk Nuriz mengorak derap langkah keusahawanan dari satu anak tangga
ke anak tangga menerusi syarikat yang diasaskannya. Antaranya ialah
syarikat Progressive Mix Industries (M) Sdn Bhd berpusat di Sungai
Lalang, Kedah.

Antara produk kecantikan dan kesihatan Nuriz yang dikenali dan
diterima meluas dalam pasaran ialah set bersalin, kosmetik Beau One,
penjagaan badan, mandian spa, bust firming serta pakej spa untuk
wanita selepas bersalin.

Apa yang hebatnya ialah produk kecantikan ini boleh ditemui di lebih
600 premis perniagaan seluruh negara. Tidak susah untuk menemui semua
produk ini. CukupĀ  sekadar menyebut jenama Nuriz!

Usaha Datuk Nuriz tidak terhenti di situ. Mulai 2014, beliau
mempelbagaikan perniagaan dengan menawarkan pakaian muslimah menerusi
rangkaian Nuriz Shoppe Boutique.

Ini termasuklah jubah, baju kurung Pahang, turban, tudung, selendang
dan kardigan.

Bermula dengan tudung Jangok Sokmo, kini produk Muslimahnya dikayakan
dengan pelbagai koleksi jenama lain seperti Ar-Zahra, Al-Tahirah,
As-Sakinah dan As-Hanim bergantung pada tema dan kesesuaian fabrik
berkaitan.

Malah, Datuk Nuriz juga menceburi bidang perhotelan dengan lahirnya
Hotel Nuriz Palace dan Nuriz Inn di Sungai Petani, Kedah.

Dengan semua rekod cemerlang itu, tidak dinafikankan Datuk Nuriz layak
diletakkan sebaris dengan beberapa ikon keusahawanan wanita lain.
Malah beliaulah antara peneroka awal keusahawanan wanita moden di
negara ini.

Apakah kelebihan semulajadi dan keunikan pada Datuk Nuriz

yang sedikit sebanyak melatari pencapaian hebat dan cemerlang wanita ini?

Tidak ramai tahu. Datuk Nuriz mempunyai keunikan tersendiri yang
mungkin tidak ada pada sosok usahawan lain. Antaranya ialah beliau
anak pertama kepada bekas samseng terkenal di rantau Asia tahun
1960-an, iaitu Haji Muhammad Zain yang terkenal dengan jolokan Haji
Mohd Zain Korea.

Gelaran "Korea" kerana ayahnya pernah tinggal dan menjadi samseng di
Korea. Haji Mohd Zain Korea ini kemudian mendapat hidayah dan menjadi
pendakwah serta membuka madrasah serta tahfiznya sendiri di Kelantan.

Antara keunikan Datuk Nuriz ialah:

1. Anak pertama kepada bekas samseng terkenal tahun 1960-an, iaitu
Haji Muhammad Zain yang terkenal dengan jolokan Haji Mohd Zain Korea.

2. Mempunyai simbol kewanitaan dan identiti unik yang dikaitkan dengan
bau minyak wangi popular, AngelĀ  Perfume.

3. Mempunyai tahi lalat berwarna merah.

4. Lidah beliau berwarna hitam.

5. Sentiasa diikuti seekor serangga.

6. Jarak usia suami Datuk Nuriz, iaitu Mohd Nizam muda lebih 20 tahun.

7. Datuk Nuriz pengasas produk kosmetik pertama dari Kelantan. Dari
beliaulah lahir semangat kepada oran lain dalam bidang kecantikan.

8. Bekas atlet bola jaring Kelantan peringkat kebangsaan.

9. Pernah menjadi pelajar terbaik sekolah.

10. Bekas model majalah terkenal.

Semua keunikan itu kini melatari kehidupan peribadi dan keusahawanan
sosok bernama Datuk Zainuri Mohd Zain yang dikenali juga sebagai Datuk
Nuriz atau Datuk Nurie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *